Hari ini aku nak cerita sikit tentang sekolah aku waktu aku form 6 dulu (ambil STAM). tahun 2010. tentang pendidikan awal aku.. Aku xmau cerita. lagipun hangpa bukan nak baca sangat pon.
Sekolah Menengah Islam Almasriyah atau ringkasannya SMIM.
Gambar lencana Sekolah Menegah Islam Al-Masriyah
(SMIM)
Siapa tu Tuan Guru Salleh Al-Masri??
Sabar-sabar.. nak cerita lah ni...
RIWAYAT HIDUP TUAN GURU HJ. MOHAMMED SALLEHAL MASRI
Mohammad Salleh berasal dari Rasah,Negeri Sembilan dan
dilahirkan pada tahun 1875.Ayahnya bernama Baki Lundang dan ibunya Mariah Bt
Mohammed Ali.Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik
beradik.Berpendidikan tiga tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban
dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas
minatnya yang mendalam dalam bidang agama.
Beliau menuntut di sana dengan ditemani oleh dua
orang sepupunya, iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanafiah.Mereka
bergurukan Tn. Syeikh Abdul Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut
di sana, beliau pun pulang dengan gelaran Fakeh Mohammed Saleh.Kemudian
beliau meneruskan pengajiannya dengan Tn. Guru Haji Minal (Tn. Guru Hj. Zainal
Abidin Pettani) di Sungai Dua, Butterworth dan kemudiannya berpindah pula ke
Padang Lalang, Bkt Mertajam dan berguru pula dengan Tn Guru Imam Hj. Ahmad.
Di atas keazaman dan dorongan Tn Guru Hj Ahmad, Fakeh
Mohammed Salleh mencatat sejarah iaitu putera Melayu yang terulung yang
melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar, di Mesir pada tahun 1899
dengan menggunakan passport Penang.Setibanya di sana,beliau telah ditangkap
oleh pihak berkuasa Mesir yang telah mengganggapnya sebagai pengintip Turki
kerana wajah beliau mirip denagn rakyat Turki.Sewaktu itu, Mesir dan Turki
dalam konfrontasi.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya dibebaskan juga oleh
pihak berkuasa Mesir.
Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh
berbagai-bagai penderitaan terutama tentang kematian ayahandanya
yang tersayang.Malah sumber kewangan bagi membiayai pengajiannya terputus
akibat kesan daripada kematian ayahandanya.Denga perasaan yang berbelah
bagi, beliau telah mengambil keputusan untuk pulang saja ke Tanah Air.Tetapi
hasrat tersebut tergendala apabila seorang hartawan dari Bukit Mertajam sanggup
menaja pengajiannya setelah mengetahui akan penderitaannya di Mesir.Beliau
ialah Tuan Hj Abbas yang kemudiannya telah menjadi bapa mertua kepada Mohammed
Salleh.
Akhirnya beliau telah berjaya menggenggam segulung ijazah
B.A. Hons pada tahun 1905.Setelah pulang ke tanahair,beliau telah melangsungkan
perkahwinannya dengan Hajjah Saadiah Bt Hj Abbas.Selang tujuh tahun
kemudian,beliau telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Abdul
Hadi.Abdul Hadi yang merupakan satu-satu harapan untuk menjadi penggantinya
kelak telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1942 semasa menuntut di
Mekah.Begitu juga Aishah anak kedua mereka telah meninggal dunia dalam usia 2 ½
tahun.Enam bulan kemudiannya lahir pula puteri yang ketiga iaitu Rahmah yang
kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak murid Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh
iaitu Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Masri yang berkelulusan MA dari Universiti Al
Azhar.Mereka kemudiannya telah dikurniakan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj.
Mohammed Salleh yang keempat juga seorang puteri namanya Rifkah yang telah
dijodohkan denga anak kepada Tuan Imam Hj. Ahmad iaitu Hj. Abdul Mukmin.Rifkah
telah meninggal dunia pada tahun 1945;meninggalkan 3 orang putera dan seorang
puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang kelima,yang mana telah berkahwin
dengan Hj Osman Bin Hj Muhammad yang berasal dari Bagan Serai.Hasil daripada
perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang puteri.
Anak beliau yang keenam ialah seorang
bernama Ahmad Zaki.Beliau berkelulusan B.A. Hons di Mesir dan
bertugas sebagai Diplomat Kementerian Luar Saudi Arabia.Beliau pernah
berkhidmat sebagai Setiausaha ketiga di Kedutaan Saudi di Jepun Setiausaha
kedua di Venezuela dan 7 tahun sebagai Setiusaha Pertama serta merangkap
sebagai Timbalan Duta di London.Telah berumahtangga dengan anak jutawan Syeikh
Saad Al-Yamani dan hasil daripada perkahwinan tersebut telah lahir dua orang
puteri.Akhir sekali,anak bongsu kepada Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh Masri juga
seorang perempuan, bernama Saudah.Beliau telah berkahwin dengan Haji Ahmad Fuad
Bin Hassan yang berasal dari Kuala Kangsar dan telah dikurniakan enam orang cahayamata;
dua lelaki dan empat perempuan.
Pada tahun 1906,Tuan Haji Abbas (mertua kepada Haji Muhammad
Salleh) telah mewakafkan sebidang tanahnya untuk dijadikan tapak pembinaan
sebuah madrasah.Di Madrasah tersebutlah,Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh telah
mencurahkan segala ilmu pengetahuannya kepada masyarakat di sekitar Bukit
Mertajam.Tetapi sebaliknya Madrasah tersebut telah menjadi sasaran buruk oleh
masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Perkara yang tidak diingini ini berlaku
kerana Tuan Hj. Salleh Al Masri bukanlah anak tempatan. Faktor inilah
yang merupakan isu utama penduduk di kawasan tersebut. Keselamatannya sering
terancam.Tetapi segala cabaran ini telah dihadapi dengan penuh kesabaran.Dengan
berkat kesabaran dan kegigihannya itu,Madrasah Masriyah telah berkembang
semakin pesat dengan pertambahan bilangan murid-murid yang hamper seribu orang;
yang datangnya dari Thai,Indonesia,Singapura,Brunei,Kemboja, Laos dan segenap
pelusuk Tanah Melayu.
Madrasah itu ditadbirnya bersama-sama dua orang menantunya
iaitu Tuan Sheikh Ahmad Saad Al Masri dan Tuan Haji Osman Muhammad.Pada tahun
1950,Tuan Haji Mohammed Salleh telah bersama-sama isterinya iaitu Hajjah
Saadiah telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji serta
menziarahi pusara anak sulong Allahyarham Haji Abdul Hadi.Tidak berapa lama
kemudiannya,isterinya pula telah meninggal dunia ketika masih lagi dalam ihram
sebelum sempat beliau menunaikan fardhu haji.Dua tahun selepas kematian
isterinya yang pertama Tuan Haji Mohammed Salleh telah berkahwin pula dengan
Hajjah Zaharah Bt Hj Ahmad.Kesihatannya berambah uzur selepas sahaja kematian
isterinya yang pertama.
Pentadbiran Al- Masriyah telah diserahkan kepada menantu
bongsunya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad kerana beliau kemudiannya telah berpindah ke
Kubang Semang sementara Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Al Masri telah berangkat ke
Mekah dan menetap di sana selama tiga tahun dan Tuan Guru Haji Osman Muhammad
telah dilantik sebagai kadhi.
Menantu-menantu Tuan Guru Haji Mohammed Salleh telah
mendahuluinya pulang ke rahmatullah.Semua jenazah telah diuruskan sendiri oleh
beliau.Mula-mula jenazah menantunya iaitu Haji Osman Muhammad pada 1960,Tuan
Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1966 dan akhir sekali Tuan Guru Haji
Ahmad Saad pada tahun 1970.Setahun kemudian (1971) beliau membuat keputusan
untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah kerana merasakan ajalnya hampir tiba,serta
beliau ingin sekali untuk bersemadi bersama-sama dengan isterinya yang pertama
serta anaknya yang dikasihi yang telah dahulu meninggalkan beliau.Berita
tentang keberangkatan beliau telah disiarkan di akhbar.Ianya telah mendapat
kunjungan daripada sanak saudara yang datang dari segenap pelusuk Tanah
Melayu.
Pada penghujung bulan Mei keberangkatannya itu telah ditemani oleh
isterinya Hajjah Zaharah serta cicitnya, iaitu Tuan Haji Ahmad Hassan
Sallehuddin.
Setelah sepuluh hari beliau di sana, beliau telah
diserang penyakit (dalam perut).Beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu
azan maghrib sedang bergema. Beliau telah dikebumikan di perkuburan Al-Maala di
samping isteri dan anaknya.Pada 11hb. Jun 1971 bersamaan 8 RabuilAkhir, adalah
kali terakhir beliau melihat dunia dan meninggalkan seorang balu berserta empat
orang anak, empat belas orang cucu serta beberapa orang cicit.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH
MEREKA…AMIINN..
SEMOGA KITA MENJADI PENERUS PERJUANGAN ULAMA'-ULAMA' TERDAHULU.. AMIN..
SEMOGA KITA MENJADI PENERUS PERJUANGAN ULAMA'-ULAMA' TERDAHULU.. AMIN..


salam.. info lengkap riwayat hidup Pengasas Madrasah Al-Masriyah ni dari mana dapat?
ReplyDeletebiasa belajar di sana dulu.. dan kutip2 dari blog2 lain cikit2
DeleteKeturunan Syeikh Solleh boleh buat carta. Ahmad Fuad tu giat dalam politik Umno-PAS. Time dulu.oramg mula ada kesedaran Islam
DeleteKeluarga seyikh dari Negeri Sembilan ada tak?
ReplyDelete