Friday, 5 April 2013

Pintu Segala Amalan

Assalamualaikum..

Pada hari ini aku akan kongsikan kepada kamu semua satu mutiara ilmu. Antara yang terpenting dalam setiap perkerjaan atau amalan yang kita lakukan adalah niat. Niat juga merupakan pintu segala Amalan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan tanpa niat adalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang pahala.

Niat -Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan.

Terdapat satu hadis yang mashur tentang niat:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu".

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka  berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Setiap amalan perlu dimulakan dengan niat

Kesimpulan dari hadis ini ialah:-



Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


No comments:

Post a Comment