Tuesday, 30 July 2013

Kisah CAWAN

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan. 



Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam

Saturday, 25 May 2013

Tiada idea untuk menulis??

Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah syukur kepada ilahi dengan apa yang diberi kepada kita pada hidup ini..

Pada hari ini, agak blur nak tulis benda apa.. tapi aku tau otak kita akan cuba menamatkan setiap benda yang kita tulis.. ada satu kata-kata dari kawanku yang dia update dalam fb.. aku buat print screen & jap lagiaku akan paparkan gambo print screen tsebut, boleh jadi apa yang dia tulis ni boleh kita guna pakai ketika kita menulis sesuatu benda.

aku harap korang dapat point apa yang dimaksudkan

Dah la tu sikit-sikit, nak solat jap..
Assalamualaikum...

Wednesday, 22 May 2013

Maher zain ~Love Will Prevail~ (Free Syria)

Assalamualaikum lets pray for Syria (FREE SYRIA)




Love Will Prevail Lyrics

There’s no fear in my heart
Got nothing left to lose
I saw my loved ones die
Oh, I swear that I won’t give in
By God you’ll never win
I’ll fight for what’s right
And nothing can stand in my way
Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never

Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail


Life’s become so cheap
So many orphans weep
They forgot how to smile
Oh, I cannot understand
Just how somebody can
Murder an innocent child
I swear their lives won’t be lost in vain
Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never

Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail

God made me free
You can’t take that away from me
Freedom is my destiny
I have a dream
And my dream is to see
To see all my people smile
See all of them free and proud
I feel the wind of peace
‘Cause with hardship comes ease
That’s why I won’t lose faith
And I know that God is Great

So, I’ll never
Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail
I won’t run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail

Lyrics: Bara Kherigi & Maher Zain
Melody & Arrangement: Maher Zain

www.facebook.com/maherzain
www.facebook.com/awakeningrecords
© Awakening Records 2013

Lyrics are taken fromhttp://www.islamiclyrics.net/maher-zain/love-will-prevail/

Saturday, 18 May 2013

Tak mau cakap Banyak..

Assalamualaikum...

Hari ini takmau cakap banyak..
Nak tulis ringkas-ringkas ja..

-----------------------------------------
"Buatlah apa yang kita rasa ia benar walaupun ada org lain tidak menyukai apa yang kita buat, Janji apa yang kita buat tu patuh syariat, tidak melanggar Syariat Islam..."

"Apa yang berlaku pada kita, kena redha dan terima dengan lapang dada. Ada 2 benda paling penting untuk bahagia. pertama, ikhlas. kedua, redha."

"usaha dulu baru redha dengan apa takdir yang ditentukan tuhan. Jangan berhenti usaha sebelum takdir mendatang"

----------------------------------------

sekian, wassalam.

Friday, 17 May 2013

Istiqamah dalam amal...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kita ucapkan kehadrat Allah SWT kerana limpah kurnia serta kasih sayangnya membenarkan kita masih hidup didunia ini. Selawat dan Salam juga keatas Baginda junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kerana beliaulah nabi kita. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat dari nabi kita di hari pembalasan.

pada hari ini aku nak cakap tentang ISTIQAMAH..
mungkin kalau ditanya apa erti istiqamah mesti ada yang gugup dan gagap nak jawab...

Istiqamahlah dijalan kebenaran

Dalam erti yang mudah, istiqamah bererti tetap atas taat walaupun sedikit.. mean  amalan yang kita buat walaupun sedikit tetapi kita buat amalan yang sedikit itu dengan berterusan dan tetap.. Membuat perkara sedikit dengan istiqamah adalah lebih baik dari membuat banyak amalan tanpa istiqamah.

Firman Allah:

{ فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ }"Hendaklah kamu istiqomah sebagaimana diperintahkan kepadamu".


Ayat ini menyebabkan nabi tumbuh dikepalanya tujuh helai uban. Bermakna berat sungguh istiqamah ini. Tapi bukan sebab nabi tak mampu istiqamah, cuma dia risaukan umatnya tak mampu untuk istiqamah pada amalan.

Mohonlah pada Allah agar kita Istiqamah

Kata-kata Ulama':

"Istiqamah itu lebih baik daripada seribu Karamah (keramat)"

Ramai daripada kalangan kita pada hari ini sungguh suka bercerita dan mendengar kisah-kisah keramat para Wali Allah, tetapi mereka tidak tahu disebalik keramat yang para Wali Allah ada, terdapat amalan-amalan yang para wali lakukan sehingga menjadi Wali Allah, iaitu Istiqamah. Itulah yang menjadikan para wali itu nampak gah dan disayangi oleh Allah serta diberikan pelbagai kelebihan dan keramat kepada mereka.

sekadar renungan
Sekian untuk kali ini.. moga berjumpa dilain kali..
Akhir kata... Istiqamahlah atas jalan Allah...

Sunday, 12 May 2013

Jangan Cemari Air Mutlak



Assalamualikum sahabat-sahabat sekalian, moga sihat selalu hendaknya.. pada hari ini aku ingin berkongsi cerita dari FB sahabatku.. terus terangnya COPY#PASTE je lah.. tapi xpa kan jika benda tu baik, wajib kita kongsikan sama-sama..

ceritanya....

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

Thursday, 2 May 2013

Tiga perkara yang terpenting, Islam, Iman dan Ihsan

Assalamualaikum..

alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan dan ruang untuk terus menulis di dalam blog ini..
terima kasih juga aku tujukan kepada sahabatku yang pi bayaq P1 wimax, kalau x, pakai x leh nk befacebook dan berbloger lah nampaknya... 

Insyallah pada hari ini aku ingin kongsikan pada kalian tentang sebuah hadis yang panjang yang menceritakan tentang islam,iman dan ihsan.


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: 
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami 
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka  sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan  melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. 

sadaqannabi Sallallahu alaihi wassallam..

Hadis ini merupakan hadis kedua dalam senarai hadis 40, iaitu menceritakan asas-asas islam yang sebenar tentang ISLAM, IMAN dan IHSAN. dan juga ada diceritakan tentang hari kiamat dan tanda-tanda kedatangan hari kiamat.

Pengajaran dari hadis:


Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat 
Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah 
agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap 
tempat dan zaman. 

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. 

Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima 
waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. 

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para 
Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. 

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, 
menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari 
segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya 
akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. 

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama 
tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. 

Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika 
datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang 
guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan 
yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara'  para ulama dan orang 
berilmu. 

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun 
yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang 
tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau 
mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar. 

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, 
antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi 
hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar 
menjadi hartawan yang kaya raya. 

Sunday, 28 April 2013

Sebulan yang berlalu, Sebulan ke hadapan

Assalamualaikum..

sudah hampir sebulan aku berhenti menulis blog ini gara-gara internet yang slow cm ciput dan disibukkan dengan assigment dan mid term.. tapi alhamdulillah sekarang aku x sibuk sgt la.. oleh kerana itu aku ambil keputusan utk menulis semula dalam blog ni.

Ada beberapa perkara yang aku nk tulis:

1) Minggu depan 5.5.2013. malaysia akan raya. bukan raya puasa atau raya haji, tapi PILIHAN RAYA UMUM KE-13. So, bila sebut pilihan raya, mesti org tanya.. "kau pangkah mana kali ni?? hijau ka biru??". hehe.. secara telus dan tulusnya aku akan memilih warna yang menjadikan islam asas mereka.. korang tahu kan warna yang aku  maksudkan tu?? kalau tak tahu, nampak sgt la kita ni macam katak dibawah tempurung konkrit. cuma satu ja nak pesan.. jaga adab ketika berkempen.. jangan mainkan isu perkauman, isu lucah-melucah, isu fitnah memfitnah, dan budaya samseng taik kucengg.. niatkan dalam hati kita: "sahaja aku berjuang utk islam kerana Allah Taala". Kompom best.

Putrajaya: simbol kuasa pemerintahan kerajaan Malaysia

2) seminggu selepas pilihan raya: yang ni berat bagiku lebih dari pilihanraya, FINAL EXAM sem 4, dengan madah-madah yang agak mencabar sem ni.. aku akan memulakan exam ku seminggu lepas pru 12.5.2013. so, kepada sesiapa yang baca blog ni harap doakan de best buat aku ye..

Itu saja yang ak
u dapat tulis kali ini lah.. insyaallah da masa aku tulis lagi.. pesanan terakhir
"jika kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu disetiap kesulitan yang akan kamu hadapi"
Assalamulaikum :)

Friday, 5 April 2013

Pintu Segala Amalan

Assalamualaikum..

Pada hari ini aku akan kongsikan kepada kamu semua satu mutiara ilmu. Antara yang terpenting dalam setiap perkerjaan atau amalan yang kita lakukan adalah niat. Niat juga merupakan pintu segala Amalan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan tanpa niat adalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang pahala.

Niat -Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan.

Terdapat satu hadis yang mashur tentang niat:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu".

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka  berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Setiap amalan perlu dimulakan dengan niat

Kesimpulan dari hadis ini ialah:-



Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


Thursday, 4 April 2013

Oh.. Sekolahku!!

Assalamualikum..

            Hari ini aku nak cerita sikit tentang sekolah aku waktu aku form 6 dulu (ambil STAM). tahun 2010. tentang pendidikan awal aku.. Aku xmau cerita. lagipun hangpa bukan nak baca sangat pon.

Sekolah Menengah Islam Almasriyah atau ringkasannya SMIM.


Gambar lencana Sekolah Menegah Islam Al-Masriyah
(SMIM)

        Ni la sekolah yang aku rasa seronok disana walaupun aku berada disana hanya setahun ja, waktu form 6. Sekolah ni mula ditubuhkan tahun 1906M oleh  Tuan Guru Salleh Al-Masri. Wow !! dah lebih dari 100 tahun dah sekolah tu.

Siapa tu Tuan Guru Salleh Al-Masri??
Sabar-sabar.. nak cerita lah ni...


RIWAYAT HIDUP TUAN GURU HJ. MOHAMMED SALLEHAL MASRI

Pengasas Madrasah Al-Masriyah

Mohammad Salleh berasal dari Rasah,Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1875.Ayahnya bernama Baki Lundang dan ibunya Mariah Bt Mohammed Ali.Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.Berpendidikan tiga tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas minatnya yang mendalam dalam bidang agama.

Beliau menuntut di sana dengan ditemani oleh dua orang sepupunya, iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanafiah.Mereka bergurukan Tn. Syeikh Abdul Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut di sana, beliau pun pulang dengan gelaran Fakeh Mohammed Saleh.Kemudian beliau meneruskan pengajiannya dengan Tn. Guru Haji Minal (Tn. Guru Hj. Zainal Abidin Pettani) di Sungai Dua, Butterworth dan kemudiannya berpindah pula ke Padang Lalang, Bkt Mertajam dan berguru pula dengan Tn Guru Imam Hj. Ahmad.

Di atas keazaman dan dorongan Tn Guru Hj Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat sejarah iaitu putera Melayu yang terulung yang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar, di Mesir pada tahun 1899 dengan menggunakan passport Penang.Setibanya di sana,beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir yang telah mengganggapnya sebagai pengintip Turki kerana wajah beliau mirip denagn rakyat Turki.Sewaktu itu, Mesir dan Turki dalam konfrontasi.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya dibebaskan juga oleh pihak berkuasa Mesir.

Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh berbagai-bagai penderitaan terutama tentang  kematian ayahandanya yang tersayang.Malah sumber kewangan bagi membiayai pengajiannya terputus akibat kesan daripada kematian ayahandanya.Denga perasaan  yang berbelah bagi, beliau telah mengambil keputusan untuk pulang saja ke Tanah Air.Tetapi hasrat tersebut tergendala apabila seorang hartawan dari Bukit Mertajam sanggup menaja pengajiannya setelah mengetahui akan penderitaannya di Mesir.Beliau ialah Tuan Hj Abbas yang kemudiannya telah menjadi bapa mertua kepada Mohammed Salleh.

Akhirnya beliau telah berjaya menggenggam segulung ijazah B.A. Hons pada tahun 1905.Setelah pulang ke tanahair,beliau telah melangsungkan perkahwinannya dengan Hajjah Saadiah Bt Hj Abbas.Selang tujuh tahun kemudian,beliau telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Abdul Hadi.Abdul Hadi yang merupakan satu-satu harapan untuk menjadi penggantinya kelak telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1942 semasa menuntut di Mekah.Begitu juga Aishah anak kedua mereka telah meninggal dunia dalam usia 2 ½ tahun.Enam bulan kemudiannya lahir pula puteri yang ketiga iaitu Rahmah yang kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak murid Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh iaitu Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Masri yang berkelulusan MA dari Universiti Al Azhar.Mereka kemudiannya telah dikurniakan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang keempat juga seorang puteri namanya Rifkah yang telah dijodohkan denga anak kepada Tuan Imam Hj. Ahmad iaitu Hj. Abdul Mukmin.Rifkah telah meninggal dunia pada tahun 1945;meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang kelima,yang mana telah berkahwin dengan Hj Osman Bin Hj Muhammad yang berasal dari Bagan Serai.Hasil daripada perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang puteri.


Anak beliau yang keenam ialah seorang bernama  Ahmad Zaki.Beliau berkelulusan B.A. Hons di Mesir dan bertugas sebagai Diplomat Kementerian Luar Saudi Arabia.Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha ketiga di Kedutaan Saudi di Jepun Setiausaha kedua di Venezuela dan 7 tahun sebagai Setiusaha Pertama serta merangkap sebagai Timbalan Duta di London.Telah berumahtangga dengan anak jutawan Syeikh Saad Al-Yamani dan hasil daripada perkahwinan tersebut telah lahir dua orang puteri.Akhir sekali,anak bongsu kepada Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh Masri juga seorang perempuan, bernama Saudah.Beliau telah berkahwin dengan Haji Ahmad Fuad Bin Hassan yang berasal dari Kuala Kangsar dan telah dikurniakan enam orang cahayamata; dua lelaki dan empat perempuan.

Pada tahun 1906,Tuan Haji Abbas (mertua kepada Haji Muhammad Salleh) telah mewakafkan sebidang tanahnya untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah madrasah.Di Madrasah tersebutlah,Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh telah mencurahkan segala ilmu pengetahuannya kepada masyarakat di sekitar Bukit Mertajam.Tetapi sebaliknya Madrasah tersebut telah menjadi sasaran buruk oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana Tuan Hj. Salleh Al Masri  bukanlah anak tempatan. Faktor inilah yang merupakan isu utama penduduk di kawasan tersebut. Keselamatannya sering terancam.Tetapi segala cabaran ini telah dihadapi dengan penuh kesabaran.Dengan berkat kesabaran dan kegigihannya itu,Madrasah Masriyah telah berkembang semakin pesat dengan pertambahan bilangan murid-murid yang hamper seribu orang; yang datangnya dari Thai,Indonesia,Singapura,Brunei,Kemboja, Laos dan segenap pelusuk Tanah Melayu.

Madrasah itu ditadbirnya bersama-sama dua orang menantunya iaitu Tuan Sheikh Ahmad Saad Al Masri dan Tuan Haji Osman Muhammad.Pada tahun 1950,Tuan Haji Mohammed Salleh telah bersama-sama isterinya iaitu Hajjah Saadiah telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji serta menziarahi pusara anak sulong Allahyarham Haji Abdul Hadi.Tidak berapa lama kemudiannya,isterinya pula telah meninggal dunia ketika masih lagi dalam ihram sebelum sempat beliau menunaikan fardhu haji.Dua tahun selepas kematian isterinya yang pertama Tuan Haji Mohammed Salleh telah berkahwin pula dengan Hajjah Zaharah Bt Hj Ahmad.Kesihatannya berambah uzur selepas sahaja kematian isterinya yang pertama.

Pentadbiran Al- Masriyah telah diserahkan kepada menantu bongsunya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad kerana beliau kemudiannya telah berpindah ke Kubang Semang sementara Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Al Masri telah berangkat ke Mekah dan menetap di sana selama tiga tahun dan Tuan Guru Haji Osman Muhammad telah dilantik sebagai kadhi.

Menantu-menantu Tuan Guru Haji Mohammed Salleh telah mendahuluinya pulang ke rahmatullah.Semua jenazah telah diuruskan sendiri oleh beliau.Mula-mula jenazah menantunya iaitu Haji Osman Muhammad pada 1960,Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1966 dan akhir sekali Tuan Guru Haji Ahmad Saad pada tahun 1970.Setahun kemudian (1971) beliau membuat keputusan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah kerana merasakan ajalnya hampir tiba,serta beliau ingin sekali untuk bersemadi bersama-sama dengan isterinya yang pertama serta anaknya yang dikasihi yang telah dahulu meninggalkan beliau.Berita tentang keberangkatan beliau telah disiarkan di akhbar.Ianya telah mendapat kunjungan daripada sanak saudara yang datang dari segenap pelusuk Tanah Melayu.

Pada penghujung bulan Mei keberangkatannya itu telah ditemani oleh isterinya Hajjah Zaharah serta cicitnya, iaitu Tuan Haji Ahmad Hassan Sallehuddin.

Setelah sepuluh hari beliau di sana, beliau telah diserang penyakit (dalam perut).Beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu azan maghrib sedang bergema. Beliau telah dikebumikan di perkuburan Al-Maala di samping isteri dan anaknya.Pada 11hb. Jun 1971 bersamaan 8 RabuilAkhir, adalah kali terakhir beliau melihat dunia dan meninggalkan seorang balu berserta empat orang anak, empat belas orang cucu serta beberapa orang cicit.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MEREKA…AMIINN..
SEMOGA KITA MENJADI PENERUS PERJUANGAN ULAMA'-ULAMA' TERDAHULU.. AMIN..

Wednesday, 3 April 2013

Bahera Musafir…



Bahtera manakah yang sedang kita naiki sekarang?

              Assalamualaikum, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah pencipta kita kerna dengan segala kekuatan yang diberi kepada kita sehingga kita mampu untuk berkongsi rasa di sini.

              Batera musafir- itu bukan nama pena saya. Sekadar tajuk yang sesuai untuk kehidupan kita. Kita sebenarnya sedang bermusafir. Kita bermula di alam roh, sedang menuju kealam barzakh, sedang menunggu destinasi terakhir kita di akhirat. Untuk sampai ke destinasi yang diidamkan(syurga) kita perlu mengikuti garisan yang telah diberi oleh Allah iaitu Al-quran dan As-sunnah. Nah itulah bahtera yang akan kita pacu menuju ke syurga Firdausi. Inilah yang saya maksudkan dengan BAHTERA MUSAFIR.

             Tujuan saya menulis blog ini bukanlah untuk menempah nama di mata dunia, akan tetapi hanya untuk mendapat redha dari-Nya sahaja. Andai ada kesilapan harap dimaafi, diberi tunjuk ajar, kerna saya hanya manusia biasa dan baru berkecimpung dalam bidang ini. Harapan saya agar kita semua terus maju dan mendapat redha ilahi.

Tuesday, 2 April 2013

Pengenalan dan sebab kenapa kutulis blog

Assalamualaikum.. sahabat-sahabat blog sedunia..

Ini adalah blogku untuk kali kedua.. blog pertama aku dah xtau macam mana jadi.. sebab timbul blog kedua ni adalah satu dua sebab....

sebab pertama, blog first aku kena block sebab aku lupa password.
sebab kedua, aku lama tak buka blog n update blog lama dulu.
sebab ketiga, sebab mungkin dengan blog kedua ni akan terasa lebih bermakna.
sebab keempat, nak update bagi hang pa baca la.. x guna ada ilmu tapi x dikongsi

Nabi Muhammad bersabda : apabila mati anak adam terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
1)sedekah jariah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak yang soleh

Sedekah jariah kepada yang memerlukan

Ilmu itu perlu disebarkan

Anak soleh permata ayah bonda

Yang nombor 1 dan 3 tu aku xdak lagi la sebab nk sedekah jariah duit xda, xkeja lagi(masih belajar) yang no 3 lagi la xda buat masa ni (masih solo) mcmmana nk ada anak... bela anak kucing boleh la..haha

setakat tu dulu buat masa ni.. masa mencemburui blogku..

Assalamualikum......
~BahteraMusafir~