Friday, 17 May 2013

Istiqamah dalam amal...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kita ucapkan kehadrat Allah SWT kerana limpah kurnia serta kasih sayangnya membenarkan kita masih hidup didunia ini. Selawat dan Salam juga keatas Baginda junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kerana beliaulah nabi kita. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat dari nabi kita di hari pembalasan.

pada hari ini aku nak cakap tentang ISTIQAMAH..
mungkin kalau ditanya apa erti istiqamah mesti ada yang gugup dan gagap nak jawab...

Istiqamahlah dijalan kebenaran

Dalam erti yang mudah, istiqamah bererti tetap atas taat walaupun sedikit.. mean  amalan yang kita buat walaupun sedikit tetapi kita buat amalan yang sedikit itu dengan berterusan dan tetap.. Membuat perkara sedikit dengan istiqamah adalah lebih baik dari membuat banyak amalan tanpa istiqamah.

Firman Allah:

{ فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ }"Hendaklah kamu istiqomah sebagaimana diperintahkan kepadamu".


Ayat ini menyebabkan nabi tumbuh dikepalanya tujuh helai uban. Bermakna berat sungguh istiqamah ini. Tapi bukan sebab nabi tak mampu istiqamah, cuma dia risaukan umatnya tak mampu untuk istiqamah pada amalan.

Mohonlah pada Allah agar kita Istiqamah

Kata-kata Ulama':

"Istiqamah itu lebih baik daripada seribu Karamah (keramat)"

Ramai daripada kalangan kita pada hari ini sungguh suka bercerita dan mendengar kisah-kisah keramat para Wali Allah, tetapi mereka tidak tahu disebalik keramat yang para Wali Allah ada, terdapat amalan-amalan yang para wali lakukan sehingga menjadi Wali Allah, iaitu Istiqamah. Itulah yang menjadikan para wali itu nampak gah dan disayangi oleh Allah serta diberikan pelbagai kelebihan dan keramat kepada mereka.

sekadar renungan
Sekian untuk kali ini.. moga berjumpa dilain kali..
Akhir kata... Istiqamahlah atas jalan Allah...

No comments:

Post a Comment