Sunday, 28 April 2013

Sebulan yang berlalu, Sebulan ke hadapan

Assalamualaikum..

sudah hampir sebulan aku berhenti menulis blog ini gara-gara internet yang slow cm ciput dan disibukkan dengan assigment dan mid term.. tapi alhamdulillah sekarang aku x sibuk sgt la.. oleh kerana itu aku ambil keputusan utk menulis semula dalam blog ni.

Ada beberapa perkara yang aku nk tulis:

1) Minggu depan 5.5.2013. malaysia akan raya. bukan raya puasa atau raya haji, tapi PILIHAN RAYA UMUM KE-13. So, bila sebut pilihan raya, mesti org tanya.. "kau pangkah mana kali ni?? hijau ka biru??". hehe.. secara telus dan tulusnya aku akan memilih warna yang menjadikan islam asas mereka.. korang tahu kan warna yang aku  maksudkan tu?? kalau tak tahu, nampak sgt la kita ni macam katak dibawah tempurung konkrit. cuma satu ja nak pesan.. jaga adab ketika berkempen.. jangan mainkan isu perkauman, isu lucah-melucah, isu fitnah memfitnah, dan budaya samseng taik kucengg.. niatkan dalam hati kita: "sahaja aku berjuang utk islam kerana Allah Taala". Kompom best.

Putrajaya: simbol kuasa pemerintahan kerajaan Malaysia

2) seminggu selepas pilihan raya: yang ni berat bagiku lebih dari pilihanraya, FINAL EXAM sem 4, dengan madah-madah yang agak mencabar sem ni.. aku akan memulakan exam ku seminggu lepas pru 12.5.2013. so, kepada sesiapa yang baca blog ni harap doakan de best buat aku ye..

Itu saja yang ak
u dapat tulis kali ini lah.. insyaallah da masa aku tulis lagi.. pesanan terakhir
"jika kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu disetiap kesulitan yang akan kamu hadapi"
Assalamulaikum :)

Friday, 5 April 2013

Pintu Segala Amalan

Assalamualaikum..

Pada hari ini aku akan kongsikan kepada kamu semua satu mutiara ilmu. Antara yang terpenting dalam setiap perkerjaan atau amalan yang kita lakukan adalah niat. Niat juga merupakan pintu segala Amalan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan tanpa niat adalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang pahala.

Niat -Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan.

Terdapat satu hadis yang mashur tentang niat:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu".

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka  berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Setiap amalan perlu dimulakan dengan niat

Kesimpulan dari hadis ini ialah:-



Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


Thursday, 4 April 2013

Oh.. Sekolahku!!

Assalamualikum..

            Hari ini aku nak cerita sikit tentang sekolah aku waktu aku form 6 dulu (ambil STAM). tahun 2010. tentang pendidikan awal aku.. Aku xmau cerita. lagipun hangpa bukan nak baca sangat pon.

Sekolah Menengah Islam Almasriyah atau ringkasannya SMIM.


Gambar lencana Sekolah Menegah Islam Al-Masriyah
(SMIM)

        Ni la sekolah yang aku rasa seronok disana walaupun aku berada disana hanya setahun ja, waktu form 6. Sekolah ni mula ditubuhkan tahun 1906M oleh  Tuan Guru Salleh Al-Masri. Wow !! dah lebih dari 100 tahun dah sekolah tu.

Siapa tu Tuan Guru Salleh Al-Masri??
Sabar-sabar.. nak cerita lah ni...


RIWAYAT HIDUP TUAN GURU HJ. MOHAMMED SALLEHAL MASRI

Pengasas Madrasah Al-Masriyah

Mohammad Salleh berasal dari Rasah,Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1875.Ayahnya bernama Baki Lundang dan ibunya Mariah Bt Mohammed Ali.Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.Berpendidikan tiga tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas minatnya yang mendalam dalam bidang agama.

Beliau menuntut di sana dengan ditemani oleh dua orang sepupunya, iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanafiah.Mereka bergurukan Tn. Syeikh Abdul Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut di sana, beliau pun pulang dengan gelaran Fakeh Mohammed Saleh.Kemudian beliau meneruskan pengajiannya dengan Tn. Guru Haji Minal (Tn. Guru Hj. Zainal Abidin Pettani) di Sungai Dua, Butterworth dan kemudiannya berpindah pula ke Padang Lalang, Bkt Mertajam dan berguru pula dengan Tn Guru Imam Hj. Ahmad.

Di atas keazaman dan dorongan Tn Guru Hj Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat sejarah iaitu putera Melayu yang terulung yang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar, di Mesir pada tahun 1899 dengan menggunakan passport Penang.Setibanya di sana,beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir yang telah mengganggapnya sebagai pengintip Turki kerana wajah beliau mirip denagn rakyat Turki.Sewaktu itu, Mesir dan Turki dalam konfrontasi.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya dibebaskan juga oleh pihak berkuasa Mesir.

Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh berbagai-bagai penderitaan terutama tentang  kematian ayahandanya yang tersayang.Malah sumber kewangan bagi membiayai pengajiannya terputus akibat kesan daripada kematian ayahandanya.Denga perasaan  yang berbelah bagi, beliau telah mengambil keputusan untuk pulang saja ke Tanah Air.Tetapi hasrat tersebut tergendala apabila seorang hartawan dari Bukit Mertajam sanggup menaja pengajiannya setelah mengetahui akan penderitaannya di Mesir.Beliau ialah Tuan Hj Abbas yang kemudiannya telah menjadi bapa mertua kepada Mohammed Salleh.

Akhirnya beliau telah berjaya menggenggam segulung ijazah B.A. Hons pada tahun 1905.Setelah pulang ke tanahair,beliau telah melangsungkan perkahwinannya dengan Hajjah Saadiah Bt Hj Abbas.Selang tujuh tahun kemudian,beliau telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Abdul Hadi.Abdul Hadi yang merupakan satu-satu harapan untuk menjadi penggantinya kelak telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1942 semasa menuntut di Mekah.Begitu juga Aishah anak kedua mereka telah meninggal dunia dalam usia 2 ½ tahun.Enam bulan kemudiannya lahir pula puteri yang ketiga iaitu Rahmah yang kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak murid Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh iaitu Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Masri yang berkelulusan MA dari Universiti Al Azhar.Mereka kemudiannya telah dikurniakan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang keempat juga seorang puteri namanya Rifkah yang telah dijodohkan denga anak kepada Tuan Imam Hj. Ahmad iaitu Hj. Abdul Mukmin.Rifkah telah meninggal dunia pada tahun 1945;meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang kelima,yang mana telah berkahwin dengan Hj Osman Bin Hj Muhammad yang berasal dari Bagan Serai.Hasil daripada perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang puteri.


Anak beliau yang keenam ialah seorang bernama  Ahmad Zaki.Beliau berkelulusan B.A. Hons di Mesir dan bertugas sebagai Diplomat Kementerian Luar Saudi Arabia.Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha ketiga di Kedutaan Saudi di Jepun Setiausaha kedua di Venezuela dan 7 tahun sebagai Setiusaha Pertama serta merangkap sebagai Timbalan Duta di London.Telah berumahtangga dengan anak jutawan Syeikh Saad Al-Yamani dan hasil daripada perkahwinan tersebut telah lahir dua orang puteri.Akhir sekali,anak bongsu kepada Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh Masri juga seorang perempuan, bernama Saudah.Beliau telah berkahwin dengan Haji Ahmad Fuad Bin Hassan yang berasal dari Kuala Kangsar dan telah dikurniakan enam orang cahayamata; dua lelaki dan empat perempuan.

Pada tahun 1906,Tuan Haji Abbas (mertua kepada Haji Muhammad Salleh) telah mewakafkan sebidang tanahnya untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah madrasah.Di Madrasah tersebutlah,Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh telah mencurahkan segala ilmu pengetahuannya kepada masyarakat di sekitar Bukit Mertajam.Tetapi sebaliknya Madrasah tersebut telah menjadi sasaran buruk oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana Tuan Hj. Salleh Al Masri  bukanlah anak tempatan. Faktor inilah yang merupakan isu utama penduduk di kawasan tersebut. Keselamatannya sering terancam.Tetapi segala cabaran ini telah dihadapi dengan penuh kesabaran.Dengan berkat kesabaran dan kegigihannya itu,Madrasah Masriyah telah berkembang semakin pesat dengan pertambahan bilangan murid-murid yang hamper seribu orang; yang datangnya dari Thai,Indonesia,Singapura,Brunei,Kemboja, Laos dan segenap pelusuk Tanah Melayu.

Madrasah itu ditadbirnya bersama-sama dua orang menantunya iaitu Tuan Sheikh Ahmad Saad Al Masri dan Tuan Haji Osman Muhammad.Pada tahun 1950,Tuan Haji Mohammed Salleh telah bersama-sama isterinya iaitu Hajjah Saadiah telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji serta menziarahi pusara anak sulong Allahyarham Haji Abdul Hadi.Tidak berapa lama kemudiannya,isterinya pula telah meninggal dunia ketika masih lagi dalam ihram sebelum sempat beliau menunaikan fardhu haji.Dua tahun selepas kematian isterinya yang pertama Tuan Haji Mohammed Salleh telah berkahwin pula dengan Hajjah Zaharah Bt Hj Ahmad.Kesihatannya berambah uzur selepas sahaja kematian isterinya yang pertama.

Pentadbiran Al- Masriyah telah diserahkan kepada menantu bongsunya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad kerana beliau kemudiannya telah berpindah ke Kubang Semang sementara Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Al Masri telah berangkat ke Mekah dan menetap di sana selama tiga tahun dan Tuan Guru Haji Osman Muhammad telah dilantik sebagai kadhi.

Menantu-menantu Tuan Guru Haji Mohammed Salleh telah mendahuluinya pulang ke rahmatullah.Semua jenazah telah diuruskan sendiri oleh beliau.Mula-mula jenazah menantunya iaitu Haji Osman Muhammad pada 1960,Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1966 dan akhir sekali Tuan Guru Haji Ahmad Saad pada tahun 1970.Setahun kemudian (1971) beliau membuat keputusan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah kerana merasakan ajalnya hampir tiba,serta beliau ingin sekali untuk bersemadi bersama-sama dengan isterinya yang pertama serta anaknya yang dikasihi yang telah dahulu meninggalkan beliau.Berita tentang keberangkatan beliau telah disiarkan di akhbar.Ianya telah mendapat kunjungan daripada sanak saudara yang datang dari segenap pelusuk Tanah Melayu.

Pada penghujung bulan Mei keberangkatannya itu telah ditemani oleh isterinya Hajjah Zaharah serta cicitnya, iaitu Tuan Haji Ahmad Hassan Sallehuddin.

Setelah sepuluh hari beliau di sana, beliau telah diserang penyakit (dalam perut).Beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu azan maghrib sedang bergema. Beliau telah dikebumikan di perkuburan Al-Maala di samping isteri dan anaknya.Pada 11hb. Jun 1971 bersamaan 8 RabuilAkhir, adalah kali terakhir beliau melihat dunia dan meninggalkan seorang balu berserta empat orang anak, empat belas orang cucu serta beberapa orang cicit.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MEREKA…AMIINN..
SEMOGA KITA MENJADI PENERUS PERJUANGAN ULAMA'-ULAMA' TERDAHULU.. AMIN..

Wednesday, 3 April 2013

Bahera Musafir…



Bahtera manakah yang sedang kita naiki sekarang?

              Assalamualaikum, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah pencipta kita kerna dengan segala kekuatan yang diberi kepada kita sehingga kita mampu untuk berkongsi rasa di sini.

              Batera musafir- itu bukan nama pena saya. Sekadar tajuk yang sesuai untuk kehidupan kita. Kita sebenarnya sedang bermusafir. Kita bermula di alam roh, sedang menuju kealam barzakh, sedang menunggu destinasi terakhir kita di akhirat. Untuk sampai ke destinasi yang diidamkan(syurga) kita perlu mengikuti garisan yang telah diberi oleh Allah iaitu Al-quran dan As-sunnah. Nah itulah bahtera yang akan kita pacu menuju ke syurga Firdausi. Inilah yang saya maksudkan dengan BAHTERA MUSAFIR.

             Tujuan saya menulis blog ini bukanlah untuk menempah nama di mata dunia, akan tetapi hanya untuk mendapat redha dari-Nya sahaja. Andai ada kesilapan harap dimaafi, diberi tunjuk ajar, kerna saya hanya manusia biasa dan baru berkecimpung dalam bidang ini. Harapan saya agar kita semua terus maju dan mendapat redha ilahi.

Tuesday, 2 April 2013

Pengenalan dan sebab kenapa kutulis blog

Assalamualaikum.. sahabat-sahabat blog sedunia..

Ini adalah blogku untuk kali kedua.. blog pertama aku dah xtau macam mana jadi.. sebab timbul blog kedua ni adalah satu dua sebab....

sebab pertama, blog first aku kena block sebab aku lupa password.
sebab kedua, aku lama tak buka blog n update blog lama dulu.
sebab ketiga, sebab mungkin dengan blog kedua ni akan terasa lebih bermakna.
sebab keempat, nak update bagi hang pa baca la.. x guna ada ilmu tapi x dikongsi

Nabi Muhammad bersabda : apabila mati anak adam terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
1)sedekah jariah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak yang soleh

Sedekah jariah kepada yang memerlukan

Ilmu itu perlu disebarkan

Anak soleh permata ayah bonda

Yang nombor 1 dan 3 tu aku xdak lagi la sebab nk sedekah jariah duit xda, xkeja lagi(masih belajar) yang no 3 lagi la xda buat masa ni (masih solo) mcmmana nk ada anak... bela anak kucing boleh la..haha

setakat tu dulu buat masa ni.. masa mencemburui blogku..

Assalamualikum......
~BahteraMusafir~