Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu...
Monday, 31 October 2016
Tuesday, 2 August 2016
Mencari Hikmah
Sudah tiba masanya untuk aku pergi. Itulah keluhan anak muda yang bernama Zim. Dia seolah putus asa, putus harapan, patah hati dek peristiwa semalam. Semalam yang tidak akan pernah dilupakannya sampai bila-bila.
Langkah diatur satu persatu tanpa arah tujuan, sampai ke simpang tiga kampungnya dia berhenti di situ. Berfikir sebentar arah mana yang akan dituju. Dengan pasrah dan berserah kepada tuhan dilangkah jua kakinya ke arah kanan jalan. Sedangkan sekiranya mengikut perkiraan waras ke kiri simpanglah yang menuju ke kota.
Hatinya cuba melupakan kisah yang mengakibatkan dia terpaksa keluar dari kampung sendiri. Kalau selalunya seorang itu diusir kerana berbuat aib di kampungnya, ada pula setengahnya diusir angkara fitnah jahat tetangga, dan dia keluar bukanlah kerana terkena bahana pengusiran, dia terkena bahana cinta.
"Assalamualaikum". Satu suara meyapa salam pada Zim. Zim menjawab salam suci sambil memandang wajah orang yang menyapanya itu. Wajah yang tidak dikenalinya, seorang orang tua berumur lebih setengah abad tersenyum-senyum kepadanya. "kemana perjalananmu nak?" tanya orang tua itu. Zim masih belum mahu menjawab. Melihat tingkah laku Zim yang seperti kebingungan, orang tua itu mengajak Zim pulang menginap di rumahnya untuk malam ini. "Malam sudah lewat, menginap dulu dirumahku, perjalananmu tangguh esok siang sahaja".
Rumahnya tidak sebesar mana, mempunyai satu ruang tamu, dua bilik tidur dan ruang dapur, manakala tandas pula diasingkan dari dalam rumah. setiap ruang pintu dipasang tirai berwarna hijau pucuk pisang. tujuannya bukan apa, mengelak mata-mata diluar dari memerhati kedalam rumahnya. Sampai sahaja kerumahnya orang tua itu menjemput Zim supaya duduk sebentar di ruang tamu. "Namaku Zim, aku dalam perjalanan meninggalkan kampungku". Zim bercerita tanpa ditanya.
Pada mulanya dia tidak mahu bercerita, tetapi setelah melihat sikap orang tua yang baik budi itu terasa malu pula kalau tidak membuka bicara. "Zim, namaku Aman. Panggil saja Pak Aman". Sesungguhnya pertemuan ini telah ditakdir oleh Allah, ingatlah suatu perkara. 'Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
"Pak Aman tinggal seorang sahaja"? Tanya Zim setelah memerhatikan tiada orang selain Pak Aman bersamanya. "Bapak sekarang seorang sahaja, isteri bapak ke rumah anak bapak, 3 hari lagi baru dia pulang". Jawab Pak Aman. "Tidur Dan rehatlah, esok sahaja kita berbual". Cadang Pak Aman. Sesungguhnya ketahuilah Allah menjadikan malam itu untuk manusia berehat.
" Assalamualaikum, Zim.. bangun! ayuh ikut bapak ke masjid". Sudah menjadi kebiasaan bagi Pak Aman ke masjid untuk solat 5 waktu. Cuma apabila uzur sahaja dia tidak solat jemaah di masjid. Zim bangun setelah digerak oleh Pak Aman, dia mandi dan bersiap-siap dengan lekasnya. Mereka berjalan kaki ke masjid yang jaranknya 250 meter sahaja dari rumah Pak Aman. sesungguhnya setiap langkah kemasjid itu semuanya dicatat pahala oleh Allah.
Matahari mula menunjukkan wajahnya Pada waktu pagi ia umpama wajah seorang gadis yang tersenyum riang. Setelah habis solat subuh dan berwirid, para makmum mengaminkan doa yang dibaca oleh imam.
seusai itu, ada yang terus pulang dan ada pula yang duduk di masjid itu. Ada yang bersila sambil terpejam, entah lena entah bertafakur. Ada pula dikalangan mereka mengambil Al-Quran dari rak dan membaca surah Al-Waqiah. Zam menunggu Pak Aman di tangga masjid. Dia resah kerana Pak Aman masih belum keluar. Dia bertekad untuk meneruskan perjalanannya sebaik pulang dari masjid.
Pak Aman keluar setelah 10 minit kemudian. Mereka pulang bersama-sama, sampai sahaja di pintu rumah Pak Aman, Zam menyuarakan hasratnya untuk meneruskan perjalanan. "Sudah tiba masa untuk perjalanan ini diteruskan" kias Zim. Pak Aman mengangguk tanda faham. " Kalau begitu, sarapanlah dulu, tentu kau kelaparan kalau berjalan tanpa sarapan dahulu". Balas Pak Aman sambil terus terangguk-angguk. Zim tidak sampai hati menolak pelawaan Pak Aman yang begitu baik padanya. Walhal, mereka baru berkenalan semalam. "Pak Aman, kenapa Pak Aman sangat baik kepada saya, seolah-olah kita telah lama kena"? Soal Zim ketika bersarapan. Mereka hanya makan roti keping berintikan kaya dan air kopi panas. "Adakah kau berasa senang dengan bapak"? Pak Aman menjawab pertanyaan Zim dengan soalan. " Ya, saya amat senang sekali". Jawab Zim. "Ketahuilah olehmu Zim, nabi kita meminta kita untuk saling berkasih sayang sesama manusia, nabi kita juga menyuruh kita agar memuliakan tetamu. Engkau tetamu bapak". Balas Pak Aman.
" Saya berangkat dulu Pak Aman, terima kasih atas segalanya".
Lantas kakinya melangkah lagi pagi itu. Sedikit sebanyak rasa sakitnya terasa sudah baik. Bertemu dengan Pak Aman seolah-olah menenangkan jiwa yang marah. Namun, untuk pulang ke kampungnya masih belum masanya. Dia merancang untuk mengembara lagi, mencari hikmah yang tersembunyi atas peristiwa yang melanda dirinya.
Subscribe to:
Comments (Atom)